Taklimat Pendaftaran Perniagaan Anjuran SSM

28 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 27 November 2023 PEDi Pokok Jawi dan komuniti setempat telah dijemput untuk menghadiri satu Taklimat Pendaftaran Perniagaan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Taklimat tersebut telah diadakan secara maya menerusi platform Microsoft Teams (Ms Teams).

Objektif taklimat tersebut adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan cara mendaftarkan perniagaan secara atas talian serta bantuan-bantuan yang disediakan kepada peniaga-peniaga kecil.

Antara topik yang dikongsikan adalah berkaitan pengenalan dan fungsi SSM, jenis-jenis entiti perniagaan, SSM BizTrust, produk SSM, tutorial pendaftaran serta pengaktifan ID pengguna di EzBiz Online.

Pihak SSM juga turut berkongsi maklumat berkaitan rancangan perniagaan dan pengurusan kewangan kepada peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali